PAKAR PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

Friday, October 4, 2013

MY STORY (Part 1)

Pengasas & CEO Jenama ZAM AQUATIC

Isteri merupakan tulang belakang kejayaan

Salam buat pembaca semua, saya Saifulnizam bin Sulaiman pengasas dan pemilik jenama perniagaan ZAM AQUATIC yang menjalankan aktiviti pembenihan ikan air tawar. Kepakaran saya adalah membantu penternak di seluruh Malaysia mendapatkan benih ikan air tawar berkualiti dengan harga yang kompetitif selain mampu meningkatkan pendapatan mereka menerusi kaedah pemakanan yang bersistematik. Antara benih yang kami sediakan kepada penternak seperti benih Tilapia, Patin, Keli, Baung, Patin Buah dan beberapa spesis ikan air tawar yang lain. Hari ini, saya sangat bersyukur dengan pencapaian yang dicapai, memiliki dan menguruskan 3 buah cawangan ladang perikanan di sekitar Negeri Sembilan dan Pahang , tidak langsung terlintas di fikiran perniagaan mampu berkembang seperti ini. Tahukah anda? Punca utama kegagalan yang dialami penternak berpunca dari kejahilan ilmu ternakan terutamanya kaedah pemakanan yang tidak berjadual sekaligus ia meningkatkan kos operasi dan berlaku pembaziran masa akibat waktu ternakan yang panjang.

Memberi penerangan kepada pelancong Scotland

Kenapa saya boleh mengetahui perkara ini? Ia mudah. Tidak seperti hari ini, kejayaan yang dicapai tidak hanya datang bergolek. Sepanjang menjalankan perniagaan sejak 2007, banyak rintangan yang perlu dilalui. Kegagalan demi kegagalan dalam perniagaan ibarat rakan karib semasa memulakan perniagaan. Tiada mentor antara faktor utama kegagalan. Tiada yang ingin memberi tunjuk ajar dalam bidang ini kerana ia dimonopoli oleh bangsa asing mengakibatkan saya terpaksa merintis jalan sendiri dalam memperoleh ilmu perikanan. Ada juga pada suatu masa berjumpa dengan konsultant yang menawarkan bantuan ilmu dengan membayar ribuan ringgit, namu ia seperti tiada apa yang dibantu. Cuma mengambil kesempatan atas kejahilan diri. Masalah juga datang bertimpa-timpa semasa pernah ditawarkan pihak dari ahli politik bagi membangunkan projek belia. Banyak modal telah terkorban, namum bayaran tidak juga dijelaskan mereka. Banyak dolak dalih yang diberikan. Ia menambah tekanan ke atas perniagaan yang saya jalankan. Pengalaman ini yang menjadikan saya lebih matang dalam menguruskan dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih baik.

Aktif dalam membantu & khidmat nasihat kepada penternak

Juga aktif dengan program sosial a
jaringan usahawan

Syukur, dengan pencapaian saya pada hari ini, 3buah cawangan di Negeri Sembilan dan Pahang  memberi kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan. Segala yang dimiliki cuma pinjaman dari Maha Pencipta yang perlu diuruskan sebaik mungkin. Komitmen saya merupakan sebuah impian membantu dan membangunkan usahawan-usahawan perikanan baru dalam industri ini bagi mengelakkan mereka melalui kesusahan yang pernah saya hadapai suatu masa dulu. Kini, saya adalah satu-satunya Pakar Pembenihan dan perikanan paling muda dalam industri ini sebagai seorang profesional sehingga pernah dinobatkan Usahawan Muda Siswazah terbaik peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009/2010.

Tidak kira di darat atau di laut, kami terus membantu menambah nilai penternak

Kaedah pembungkusan benih

Antara spesis benih ikan yang kami hasilkan


Tambahan pula, kini saya juga sering diundang memberikan ceramah keusahawanan  bagi berkongsi pengalaman perniagaan antaranya program PKNS, UiTM, UNISEL, Kolej Komuniti dan beberapa agensi serta koperasi. Saya juga berasa bangga untuk bekerjasama dengan individu, agensi mahupun syarikat yang mahu melibatkan diri dalam bidang akuKultur ini. Berapa ramai yang ingin tahu bagaimana saya dapat membantu penternak mahupun sebarang agensi dalam pelbagai aspek keusahawanan dan perikanan. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya di talian 017 395 9890 En Saifulnizam Sulaiman atau menerusi Facebook Page : ZAM AQUATIC.





Monday, November 7, 2011

KHIDMAT NASIHAT & KONSULTANSI PROJEK AKUAKULTUR

 

rekabentuk sesuatu projek akan memainkan peranan penting dalam menentukan sistem kerja yang bakal diusahakan

Pengalaman jatuh bangun dalam bidang akuakultur selama 5 tahun banyak mematangkan kami dalam memajukan bidang yang jarang diceburi oleh uasahawan bumiputera. Justeru, dengan pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh Maha Pencipta, hari ini syarikat memberanikan diri dalam menceburkan diri dalam salah satu cabang dalam bidang perikanan iaitu menyadiakan khidmat nasihat kepada usahawan,bakal usahawan,koperasi, agensi kerajaan dan swasta dan sebarang entiti yang mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang akuakultur ini. Khidmat nasihat yang ditawarkan oleh Zam Aquatic terbahagi kepada 2 iaitu ia merangkumi merangkumi ;


1. Projek ikan air tawar baru bagi penternak yang ingin memulakan perniagaan dalam industri akuakultur
2. Projek ikan air tawar sedia ada bagi memperbaiki kesilapan dan kegagalan sesuatu projek


Bagi penternak baru yang ingin memulakan projek akuakulur secara komersil, kami menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat yang merangkumi aspek kritikal seperti 

1. KOS EFEKTIF 
2. SUSUN ATUR DAN PELAN KOLAM 
3. KEPERLUAN PERALATAN 
4. REKA BENTUK KOLAM DAN KAEDAH TERNAKAN
5. ASUHAN IKAN SERTA SISTEM TERNAKAN.

Dalam nukilan kali ini, perkhidmatan consultation yang ditawarkan syarikat kami akan memberi penekanan aspek yang tidak kurang pentingnya iaitu pemilihan tapak. Kejayaan sesuatu projek perikanan adalah sangat bergantung kepada keadaan tapak projek anda. Keadaan tapak projek akan menentukan samada ladang perikanan anda akan mampu menghasilkan pengeluaran yang kompetitif seperti yang dirancang. Pemilihan tapak yang betul dan rekabentuk kolam yang tepat akan "menjayakan" atau "menghancurkan" cita-cita

perniagaan baru anda.


keperluan biologi bagi sesuatu spesis adalah berbeza bergantung kepada jenis ikan/udang yang ingin diusahakan
 
ZAM AQUATIC membangunkan kepakaran bersandarkan pengalaman dalam menempuh gelombang dalam industri perikanan ini dengan menentukan, menganalisis dan memilih tapak projek yang bersesuaian bagi pembenihan dan ternakan ikan/udang. Proses pemilihan tapak mengambil kira keperluan biologi sesuatu spesis ikan/udang yang ingin diusahakan, kapasiti pengeluaran dan fasiliti yang diperlukan bagi mencapai sasaran optima dan penghasilan yang kos efektif.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, kami amat mengalu-alukan pertanyaan dari pembaca. Sokongan pihak anda juga amatlah kami hargai.

 




Friday, October 28, 2011

TAWARAN BENIH IKAN AIR TAWAR

Assalamualaikum kepada semua penternak,bakal penternak,usahawan dan rakan sekalian..

BERIKUT MERUPAKAN TAWARAN TERKINI HARGA BENIH IKAN AIR TAWAR

   BENIH KELI

 Saiz 3 inci bermula pada harga 10 sen


 BENIH TILAPIA

 1 inci bermula pada harga 7 sen
1.5 - 2 inci bermula pada harga 13 sen
2.5 - 3 inci bermula pada harga 25 sen

HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT TERMA DAN SYARAT..

SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG !!!!

HUBUNGI KAMI MELALUI :
No Tel : 017-2188918 syuhada  017-3959890 saiful 
@ like page facebook carian : zam aquatic
E-mail : zam.quatic@gmail.com

Thursday, March 3, 2011

FAKTOR PENYAKIT DALAM INDUSTRI AKUAKULTUR


    

     Dalam bidang akuakultur ini, pertimbangan penting bagi penternak, syarikat atau pengusaha yang terlibat dalam industri yang diceburi ini adalah berkaitan penyakit. Ia merupakan satu faktor yang mampu mempengaruhi operasi sesebuah syarikat di peringkat ladang selain dapat mempengaruhi keuntungan dalam sesebuah organisasi akuakultur.
     Dalam tulisan kali ini, perkara yang akan dibincangkan berkaitan penyakit di dalam perusahaan akukultur. Secara amnya, penyakit yang menyerang ikan adalah disebabkan beberapa faktor antaranya serangan organisma seperti bakteria dan virus, kaedah pemakan yang tidak betul dan akhir sekali tekanan ke atas ikan atau keadaan air yang bertoksik. Semua aspek tersebut pula boleh dikelaskan dalam 3 kategori iaitu jangkitan bakteria, penyakit nutrisi dan penyakit akibat persekitaran.

1. Jangkitan Bakteria
          Ia disebabkan oleh jangkitan atau serangan dari luar mahupun dalam ikan daripada organisma seni sekaligus mengundang penyakit yang menyerang dan menakluki sistem dalaman ikan. Bakteria, fungus, virus dan parasit seperti Protozoa merupakan agen paling kerap menyerang dan menjangkiti ikan. Antara tanda fizikal yang dapat dilihat sekiranya ikan dijangkiti adalah kematian dalam kuantiti yang banyak selain beberapa tanda fizikal yang lain.
         
2. Jangkitan Nutrisi
         Serangan penyakit yang dikaitkan dengan pemakanan adalah disebabkan oleh pemberian makanan yang berlebihan. Ia juga boleh terjadi sekiranya makanan yang diperlukan tidak mencukupi yang menyebabkan ikan mengalami kurang zat makanan atau kekurangan nutrisi yang diperlukan. Justeru, kaedah pemberian makanan yang efektif perlu diamalkan oleh penternak bagi mengelakkan masalah ini berlaku. Antara penyebab lain yang menjadi punca penyebaran penyakit berkaitan nutrisi adalah makanan yang digunakan tidak sesuai dengan jenis ternakan. Seperti senario yang berlaku dalam negara kita, amalan pemakanan yang tidak sihat masih lagi diamalkan. Terdapat sesetengah pusat pembenihan dan ladang ternakan yang menjadikan sisa haiwan sebagai sumber utama kepada ikan yang diternak. Ini mampu mengundang pelbagai masalah kelak. Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti bangkai ayam, organ dalam haiwan dan sisa buangan akan menyebabkan masalah kepada industri akuatik seperti kandungan lemak yang tinggi dalam organ dalaman ikan yang diternak terutama pada hati, kegagalan buah pinggang ikan ternakan dan kegagalan ikan ternakan untuk menapis oksigen ke dalam insang gill. Semua masalah ini boleh menyababkan kematian ke atas ternakan. Kesan lain yang akan menjejaskan operasi seperti kadar tumbesaran yang terbantut, insang gill diselaputi minyak, masalah mata, masalah kulit dan kehilangan cecair semualajadi ikan.

3. Persekitaran         
          Penyakit persekitaran sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai bukan jangkitan. Ia berkaitan dengan ketidaksesuaian sesuatu spesis yang tidak boleh hidup di sesebuah kawasan atau klimate. Ia dikelaskan kepada 4 bahagian;   

          a) Asphyxia
istilah ini berkaitan denga kekurangan kandungan oksigen terlarut (DO) dalam air yang biasanya   berlaku pada awal pagi
           b) Traumatism
traumatism berlaku semasa proses pengurusan benih ada kebiasaannya yang tidak cekap disebabkan pengurusan yang lemah atau kasar ke atas benih, gradding dan keadaan yang berkaitan pengurusan benih. Ini berpotensi menjadi jangkitan kuman sekiranya ikan yang diuruskan mengalami luka-luka dan sisik tertanggal.
           c) Bubble Illness/ Berbuih/ Sawan
ini kerap berlaku di peringkat juvenil dan benih di mana mengalihkan anak ikan dari satu lokasi ke lokasi perairan yang berlainan secara mendadak tanpa prosedur yang betul boleh mengundang masalah.
           d) Keracunan
keracunan boleh didefinasikan sebagai perairan yang mengandungi kandungan atau bahan yang memberi kesan negatif kepada hidupan akuatik seperti racun perosak, minyak dan sisa buangan rumah/pepejal.Adalah penting bagi memastikan kawasan ladang operasi berada dalam keadaan yang bersih bagi mengelakkan masalah ini terjadi

     Walaubagaimanpun, dalam sesebuah operasi samada di ladang ternakan ataupun di pusat penetasan, prosedur yang betul adalah sangat penting diamalkan oleh para pengurus di dalam industri ini. Bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku,membasmi di peringkat awal adalah langkah yang bijak. Beberapa langkah boleh diambil oleh mereka yang terlibat antaranya memastikan kualiti air berada di tahap yang optimum: bekalan air perlu cukup selain kandungan oksigen terlarut perlu diperiksa dari masa ke semasa. Kekalkan kebersihan kolam: elakkan dari pemangsa dan perkara yang boleh mengundang bakteria dan menghapuskan tumbuhan yang mampu menjadi tempat membiak sesetengah bakteria. Pastikan kandungan plakton seperti zooplankton dan fitoplakton berada dalam kuantiti yang cukup bagi meningkatkan daya tahan ikan terhadap penyakit selain menukar air sekiranya diperlukan. Kolam juga perlu dinyahkuman bagi setiap pusingan seperti menggunakan kapur bagi membunuh bakteria dan pemangsa yang tidak diperlukan. Kepadatan ikan atau benih juga perlu berada pada tahap optimum seperti dicadangkan dan akhir sekali asingkan saiz ikan yang berbeza bagi mengawal pergaduhan. Luka mampu menjadi masalah jangkitan kelak. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, justeru amalkan persekitaran yang bersih selain mengamalkan prosedur Skim Pengurusan Ladang Akuatik yang berhemah serta kawalan bio-securiti yang terkawal.

Sunday, June 13, 2010

PENAMBAHAN KOLAM ASUHAN















Permintaan yang semakin bertambah menjadikan kolam sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Sebelum ini dengan kapasiti 10 buah kolam asuhan dan ternakan yang bersaiz 10x20kaki setiap satu, ia hanya mampu menghasilkan pengeluaran sebanyak 50,000ekor benih keli dan sekitar 30,000-50,000ekor benih tilapia. Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran benih, kami telah menambah jumlah kolam ternakan dari 10buah ke 21buah kolam. Menerusi penambahan kolam asuhan ini, operasi syarikat dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi.
Dengan adanya penambahan 11buah kolam ini lagi. Kami menganggarkan ia mampu mengeluarkan benih keli sejumlah 150,000ekor sebulan dan 100,000-150,000ekor benih tilapia bagi satu-satu masa. Diharapkan dengan penambahan kolam asuhan ini ia mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat selain pihak kami merancang untuk membuka beberapa buah kolam lagi. Sekiranya pelanggan ingin membuat tempahan,pihak kami mengharapkan saudara dapat membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Kami juga mengalu-alukan individu atau pihak yang memerlukan stok benih yang konsisten, ia sekaligus dapat mengelakkan kelewatan dan ketidakcukupan benih yang dihantar dari pembekal yang pelbagai. Zam Aquatic menghasilkan benih yang berkualiti ,tahan lasak dan kurang kadar kematian menerusi penjagaan yang teliti serta baka yang baik.


Wednesday, June 2, 2010

PEMILIHAN BAKA INDUK YANG BERKUALITI (hibrid)

Pemilihan induk merupakan satu perkara yang paling penting dalam memastikan kualiti generasi benih yang bakal dihasilkan berada pada kualiti yang terbaik. Terdapat beberapa perkara asas di mana kebanyakan pengusaha ikan air tawar mengambil ringan dalam memastikan kualiti benih walaupun mampu mengeluarkan benih pada kuantiti yang banyak, tetapi akhirnya berlakunya masalah benih terbantut, kadar kematian yang tinggi, serangan penyakit dan sebagainya.
Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku, pemerhatian dan pemilihan induk sangat penting dilakukan seawal yang mungkin. Antara aspek penting yang harus diperhatikan dalam pemilihan induk/baka, beberapa perkara perlu diambil kira seperti umur unduk, bentuk badan yang lebar, kadar pembesaran yang baik, generasi dan genetik keturunan, pemilihan kualiti makanan dan beberapa perkara lain lagi.
Baka juga tidak boleh dikacukkan dengan genetik yang serupa, sekiranya ia dikacukkan dengan genetik yang sama, ini dipanggil "in-breeding" atau baka dikacukkan dari keluarga yang sama. Sebaiknya, baka di antara jantan dan betina dipilih daripada keluarga yang berbeza. Proses ini mampu menghasilkan benih yang lebih berkualiti seperti mempunyai daya tahan penyakit yang lebih kuat, kadar pembesaran yang baik sekaligus memberi pulangan kepada penternak.
Mengacukkan baka tempatan dengan baka dari Taiwan dan Filipina juga mampu menghasilkan tilapia yang dikenali sebagai tilapia hibrid di mana ia mampu memberi pulangan dan faedah yang baik dari segi ternakan kepada penternak.

Monday, May 31, 2010

SAMPLE SCALING SAIZ BENIH

(gambar 1 dan 2: lebar badan dan saiz benih diukur bagi memastikan kualiti benih)

(mendapatkan rekod bagi saiz benih 1.5inci)




Bagi memastikan syarikat kami menjalankan perniagaan dengan jujur, ujian sample scaling perlu dijalankan bagi memastikan saiz benih yang diasuh di kolam kami mencapai standart saiz yang ditetapkan.


Selain itu juga, perlaksanaan ujian ini sangatlah penting di ZAM AQUATIC kerana ia adalah sebahagian daripada prosedur bagi mendapatkan rekod ladang ternakan.


Justeru dengan adanya amalan ternakan seperti ini, ia akan mengurangkan kecuaian pekerja dalam mengendalikan saiz ikan yang ditempah oleh pelanggan.






Monday, May 10, 2010

IKAN KELI MATANG


Ikan Keli yang diternak oleh kami mengandungi kandungan OMEGA 3,6 dan 9 yang baik untuk kesihatan manusia. Ia terhasil menerusi kaedah pembenihan moden serta aplikasi pemakanan ikan yang bersistematik dengan mengambil kira semua aspek ternakan. Selain itu, dengan menggunakan STARBIO dalam sistem ternakan,ikan yang dihasilkan tidak belendir dan bersih, tiada lemak di dalam perut ikan dan daging lebih pejal yang sangat sesuai untuk industri hiliran bagi memastikan daya tahan sesuatu produk yang dihasilkan.

Sunday, May 2, 2010

STARBIO SUPER (Biological Treatment)


KONSEP TERNAKAN IKAN MENGGUNAKAN PROBIOTIK
STARBIO digunakan sebagai satu kaedah ternakan ikan air tawar secara konsep semulajadi yang mesra alam dan menjimatkan. Antara manfaat dalam menggunakan STARBIO dalam ternakan ikan air tawar adalah;
1. ia mampu mengekalkan kesuburan dasar kolam (sekiranya menggunakan kolam tanah.
2. menjaga keseimbangan ekosistem
3. mengurai sumber pencemaran kolam ternakan untuk menjadi sumber makanan mikro-organisma probiotik
4. air buangan kolam tidak mencemarkan sungai kerana ammonia telah dinitratkan
5. menjaga kualiti air ternakan selain mencegah over blooming alga
6. mengurangkan stress ikan dan meningkatkan Survival Rate (SR)
7. hasil ternakan memenuhi standart Nutritional Attribute, Food Safety Attribute dan Eco Labelling Attribute
ANTARA KANDUNGAN MIKROB YANG TERDAPAT DI DALAM STARBIO ADALAH
1. MIKROB PROTEOLITIK
2. MIKROB NITROGEN FIKSASI NON SIMBIOTIK
3. MIKROB PENGURAI SULPHUR
4. MIKROB PENGURAI PHOSPHAT
5. MIKROB LIKNOLITIK
6. MIKROB SELULOLITIK
7. MIKROB AMILOLITIK
8. MIKROB LIPOLITIK

Wednesday, April 14, 2010

OBJEKTIF, MISI DAN VISI


OBJEKTIF SYARIKAT
Menyahut saranan kerajaan supaya mengurangkan kebergantungan import ikan air tawar dan memenuhi permintaan ikan air tawar yang merupakan sumber protin utama di Malaysia
MISI
Syarikat sebagai pemangkin kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan penternakan bagi kawasan luar bandar untuk lebih maju
VISI
Bagi membangunkan suatu asas perniagaan yang teguh di dalam industri akuakultur , agrikultur dan bioteknologi yang mengamalkan sistem pengurusan ladang yang bersistematik serta menggunakan aplikasi bioteknologi melalui amalan ternakan yang mesra alam

Monday, April 12, 2010

ZAM AQUATIC

Pejabat : 1351 Jalan Gadong Jaya 28/8
Taman Gadong Jaya, Labu
71900 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia.
Ladang : Lot 3431, Kampung Gadong S.C Labu,
71900 Seremban Negeri Sembilan
Malaysia
Cawangan : Lot 1780, Kampung Kuala Sanggang,
28080 Temerloh, Pahang
Malaysia
Syuhada : 017-2188 918(Peng.Projek)
Saiful : 017-395 9890(Peng.Operasi)

Pejabat : 06-7911314
Email : zam.quatic@gmail.com / fatima_amarjan@yahoo.com
Website : www.ikanmoden.blogspot.com

LAWATAN KOLAM TERNAKAN




Sesi lawatan ke kolam ternakan penternak oleh Syuhada dan Saifulnizam bagi melihat perkembangan ternakan

BENIH TILAPIA





Benih tilapia yang diasuh oleh ZAM Aquatic merupakan benih yang berkualiti tinggi menerusi hasil aplikasi genetik spesis tilapia atau nama siantifiknya T.Hornorum x/T.Mossambica@Tilapia Hibrid.
Kadar kematian benih ini sekitar 5% kematian yang mampu hasil yang optimum kepada penternak ikan speseis tilapia.
ZAM AQUATIC tidak menggunakan sebarang hormon bagi mengubah genetik ikan tersebut kerana menerusi penggunaaan hormon, ia mampu memberi kesan negatif kepada manusia dalam jangka masa yang panjang seperti kanser dan kemandulan.
Maka,ZAM AQUATIC hanya menggunakan aplikasi genetik spesis bagi mendapatkan hasil benih yang berkualiti.

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.


ZAM AQUATIC merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang beroperasi di no 1351 jalan gadong jaya 28/8,taman gadong jaya,71900 seremban negeri sembilan darul khusus dan ladang ternakan yang terletak di kampung gadong SC. ZAM AQUATIC telah beroperasi sejek 4 tahun yang lalu dan didaftarkan secara rasmi pada 5 Januari 2009. Pengasas ZAM AQUATIC iaitu Saifulnizam Sulaiman dan merupakan seorang graduan Tunas Mekar atau (kini dikenali sebagai Institut Latihan Tun Abdullah Ahmad Badawi-ILTAB) di bawah program ICU,Jabatan Perdana Menteri yang telah menjalankan latihan dan kajian tentang ternakan dan pembenihan ikan air tawar.


ZAM AQUATIC memulakan perniagaan dengan menjalankan kajian mengenai kualiti untuk ternakan dalam kolam simen bagi mendapatkan hasil yang optimum menerusi ternakan ikan keli pada awalnya dengan kerjasama beberapa buah syarikat Bumiputra.


Hasil daripada kajian yang berterusan oleh pihak ZAM AQUATIC berjaya mendapatkan satu keputusan penjagaan ternakan yang mampu mengurangkan kos ternakan serta kadar pembesaran ikan yang lebih cepat matang sekaligus mengurangkan kos makanan ikan.


Produk berasaskan akuakultur yang dihasilkan juga lebih berkualiti di mana proses pengoperasian dijalankan secara bersistematik dan teknologi yang relevan bagi menghasilkan benih dan ikan matang yang bermutu tinggi.


Semua produk yang dihasilkan ZAM AQUATIC dijamin HALAL, BERSIH dan BERKHASIAT di mana bahan-bahan makanan yang diproses tidak sama sekali menggunakan mengandungi campuran organ-organ dalam haiwan.


Bagi ikan keli yang dihasilakan oleh ZAM AQUATIC, ia mengandungi minyak OMEGA 3, 6, dan 9 serta kandungan protin yang tinggi tanpa karbohidrat.


Kolam ternakan ini terletak di tapak ternakan syarikat di Kampung Gadong SC, Seremban N.Sembilan serta dibekalkan dengan sumber air.


ZAM AQUATIC terlatak di lokasi strategik di mana berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara Kuala Lumpur dan Johor serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan LCCT yang mengambil masa 15minit perjalanan.


PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Zam Aqutic menawarkan produk-produk dan perkhidmatan kepada pasaran seperti berikut:


Jenis-jenis produk yang disediakan:


-Membekalkan benih ikan air tawar kepada penternak tempatan

-Membekalkan ikan keli dan tilapia hidup yang matang kepada pasaran tempatan

-Membekalkan makanan ikan pembesaran ikan 50-55% protin yanh bersih,halal dan berkhasiat

-Membekalkan produk hiliran berasaskan ikan keli (fishball,nugget,keropok lekor dan burger)

-Pembekal STARBIO iaitu produk ternakan yang berasaskan kajian biologi untuk semua ternakan

-Membekal peralatan perikanan.

-Kidmat nasihat dan juru-perunding bagi penternak-penternak baru di dalam pembuatan kolam simen, sistem pengurusan dan teknik penternakan yang bersistematik


Pada tahun 2010, bagi menampung perkembangan dan operasi syarikat, ZAM AQUATIC telah mengambil NUR FATIMA SYUHADA sebagai pengurus projek bagi memantau operasi syarikat yang kian berkembang. Beliau merupakan lulusan kimia dan tenaga mahir dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh syarikat terutamanya dalam kajian tindakbalas kimia dalam air dan haiwan ternakan.

Friday, February 26, 2010

Nugget Keli Omega 3,6 dan 9














UNTUK TEMPAHAN/PERTANYAAN PRODUK-PRODUK SYARIKAT KAMI, SILA HUBUNGI :

NUR FATIMA SYUHADA(PROJECT MANAGER) - 017-2188918
SAIFULNIZAM SULAIMAN(PRODUCTION MANAGER) - 013-7651902
OFFICE/FAX - 06-7911314

PRODUK YANG DITAWARKAN















Semua produk hiliran yang diedarkan syarikat ZAM AQUATIC adalah 100% produk bumiputera yang dihasilkan dijamin halal,bersih dan berkhasiat. Ikan yang diternak menggunakan makanan yang diproses sendiri tanpa penggunaan organ-organ dalaman haiwan. Produk seperti FISHBALL,NUGGET,KELI TIN dan lain2 produk syarikat kami mempunyai kandungan OMEGA 3,6 dan 9 serta mengandungi KARBOHIDRAT dan berPROTIN TINGGI.

LADANG TERNAKAN DI KG.GADONG SC,SEREMBAN