PAKAR PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

Friday, October 4, 2013

MY STORY (Part 1)

Pengasas & CEO Jenama ZAM AQUATIC

Isteri merupakan tulang belakang kejayaan

Salam buat pembaca semua, saya Saifulnizam bin Sulaiman pengasas dan pemilik jenama perniagaan ZAM AQUATIC yang menjalankan aktiviti pembenihan ikan air tawar. Kepakaran saya adalah membantu penternak di seluruh Malaysia mendapatkan benih ikan air tawar berkualiti dengan harga yang kompetitif selain mampu meningkatkan pendapatan mereka menerusi kaedah pemakanan yang bersistematik. Antara benih yang kami sediakan kepada penternak seperti benih Tilapia, Patin, Keli, Baung, Patin Buah dan beberapa spesis ikan air tawar yang lain. Hari ini, saya sangat bersyukur dengan pencapaian yang dicapai, memiliki dan menguruskan 3 buah cawangan ladang perikanan di sekitar Negeri Sembilan dan Pahang , tidak langsung terlintas di fikiran perniagaan mampu berkembang seperti ini. Tahukah anda? Punca utama kegagalan yang dialami penternak berpunca dari kejahilan ilmu ternakan terutamanya kaedah pemakanan yang tidak berjadual sekaligus ia meningkatkan kos operasi dan berlaku pembaziran masa akibat waktu ternakan yang panjang.

Memberi penerangan kepada pelancong Scotland

Kenapa saya boleh mengetahui perkara ini? Ia mudah. Tidak seperti hari ini, kejayaan yang dicapai tidak hanya datang bergolek. Sepanjang menjalankan perniagaan sejak 2007, banyak rintangan yang perlu dilalui. Kegagalan demi kegagalan dalam perniagaan ibarat rakan karib semasa memulakan perniagaan. Tiada mentor antara faktor utama kegagalan. Tiada yang ingin memberi tunjuk ajar dalam bidang ini kerana ia dimonopoli oleh bangsa asing mengakibatkan saya terpaksa merintis jalan sendiri dalam memperoleh ilmu perikanan. Ada juga pada suatu masa berjumpa dengan konsultant yang menawarkan bantuan ilmu dengan membayar ribuan ringgit, namu ia seperti tiada apa yang dibantu. Cuma mengambil kesempatan atas kejahilan diri. Masalah juga datang bertimpa-timpa semasa pernah ditawarkan pihak dari ahli politik bagi membangunkan projek belia. Banyak modal telah terkorban, namum bayaran tidak juga dijelaskan mereka. Banyak dolak dalih yang diberikan. Ia menambah tekanan ke atas perniagaan yang saya jalankan. Pengalaman ini yang menjadikan saya lebih matang dalam menguruskan dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih baik.

Aktif dalam membantu & khidmat nasihat kepada penternak

Juga aktif dengan program sosial a
jaringan usahawan

Syukur, dengan pencapaian saya pada hari ini, 3buah cawangan di Negeri Sembilan dan Pahang  memberi kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan. Segala yang dimiliki cuma pinjaman dari Maha Pencipta yang perlu diuruskan sebaik mungkin. Komitmen saya merupakan sebuah impian membantu dan membangunkan usahawan-usahawan perikanan baru dalam industri ini bagi mengelakkan mereka melalui kesusahan yang pernah saya hadapai suatu masa dulu. Kini, saya adalah satu-satunya Pakar Pembenihan dan perikanan paling muda dalam industri ini sebagai seorang profesional sehingga pernah dinobatkan Usahawan Muda Siswazah terbaik peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009/2010.

Tidak kira di darat atau di laut, kami terus membantu menambah nilai penternak

Kaedah pembungkusan benih

Antara spesis benih ikan yang kami hasilkan


Tambahan pula, kini saya juga sering diundang memberikan ceramah keusahawanan  bagi berkongsi pengalaman perniagaan antaranya program PKNS, UiTM, UNISEL, Kolej Komuniti dan beberapa agensi serta koperasi. Saya juga berasa bangga untuk bekerjasama dengan individu, agensi mahupun syarikat yang mahu melibatkan diri dalam bidang akuKultur ini. Berapa ramai yang ingin tahu bagaimana saya dapat membantu penternak mahupun sebarang agensi dalam pelbagai aspek keusahawanan dan perikanan. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya di talian 017 395 9890 En Saifulnizam Sulaiman atau menerusi Facebook Page : ZAM AQUATIC.





Monday, November 7, 2011

KHIDMAT NASIHAT & KONSULTANSI PROJEK AKUAKULTUR

 

rekabentuk sesuatu projek akan memainkan peranan penting dalam menentukan sistem kerja yang bakal diusahakan

Pengalaman jatuh bangun dalam bidang akuakultur selama 5 tahun banyak mematangkan kami dalam memajukan bidang yang jarang diceburi oleh uasahawan bumiputera. Justeru, dengan pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh Maha Pencipta, hari ini syarikat memberanikan diri dalam menceburkan diri dalam salah satu cabang dalam bidang perikanan iaitu menyadiakan khidmat nasihat kepada usahawan,bakal usahawan,koperasi, agensi kerajaan dan swasta dan sebarang entiti yang mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang akuakultur ini. Khidmat nasihat yang ditawarkan oleh Zam Aquatic terbahagi kepada 2 iaitu ia merangkumi merangkumi ;


1. Projek ikan air tawar baru bagi penternak yang ingin memulakan perniagaan dalam industri akuakultur
2. Projek ikan air tawar sedia ada bagi memperbaiki kesilapan dan kegagalan sesuatu projek


Bagi penternak baru yang ingin memulakan projek akuakulur secara komersil, kami menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat yang merangkumi aspek kritikal seperti 

1. KOS EFEKTIF 
2. SUSUN ATUR DAN PELAN KOLAM 
3. KEPERLUAN PERALATAN 
4. REKA BENTUK KOLAM DAN KAEDAH TERNAKAN
5. ASUHAN IKAN SERTA SISTEM TERNAKAN.

Dalam nukilan kali ini, perkhidmatan consultation yang ditawarkan syarikat kami akan memberi penekanan aspek yang tidak kurang pentingnya iaitu pemilihan tapak. Kejayaan sesuatu projek perikanan adalah sangat bergantung kepada keadaan tapak projek anda. Keadaan tapak projek akan menentukan samada ladang perikanan anda akan mampu menghasilkan pengeluaran yang kompetitif seperti yang dirancang. Pemilihan tapak yang betul dan rekabentuk kolam yang tepat akan "menjayakan" atau "menghancurkan" cita-cita

perniagaan baru anda.


keperluan biologi bagi sesuatu spesis adalah berbeza bergantung kepada jenis ikan/udang yang ingin diusahakan
 
ZAM AQUATIC membangunkan kepakaran bersandarkan pengalaman dalam menempuh gelombang dalam industri perikanan ini dengan menentukan, menganalisis dan memilih tapak projek yang bersesuaian bagi pembenihan dan ternakan ikan/udang. Proses pemilihan tapak mengambil kira keperluan biologi sesuatu spesis ikan/udang yang ingin diusahakan, kapasiti pengeluaran dan fasiliti yang diperlukan bagi mencapai sasaran optima dan penghasilan yang kos efektif.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, kami amat mengalu-alukan pertanyaan dari pembaca. Sokongan pihak anda juga amatlah kami hargai.

 




Friday, October 28, 2011

TAWARAN BENIH IKAN AIR TAWAR

Assalamualaikum kepada semua penternak,bakal penternak,usahawan dan rakan sekalian..

BERIKUT MERUPAKAN TAWARAN TERKINI HARGA BENIH IKAN AIR TAWAR

   BENIH KELI

 Saiz 3 inci bermula pada harga 10 sen


 BENIH TILAPIA

 1 inci bermula pada harga 7 sen
1.5 - 2 inci bermula pada harga 13 sen
2.5 - 3 inci bermula pada harga 25 sen

HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT TERMA DAN SYARAT..

SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG !!!!

HUBUNGI KAMI MELALUI :
No Tel : 017-2188918 syuhada  017-3959890 saiful 
@ like page facebook carian : zam aquatic
E-mail : zam.quatic@gmail.com

Thursday, March 3, 2011

FAKTOR PENYAKIT DALAM INDUSTRI AKUAKULTUR


    

     Dalam bidang akuakultur ini, pertimbangan penting bagi penternak, syarikat atau pengusaha yang terlibat dalam industri yang diceburi ini adalah berkaitan penyakit. Ia merupakan satu faktor yang mampu mempengaruhi operasi sesebuah syarikat di peringkat ladang selain dapat mempengaruhi keuntungan dalam sesebuah organisasi akuakultur.
     Dalam tulisan kali ini, perkara yang akan dibincangkan berkaitan penyakit di dalam perusahaan akukultur. Secara amnya, penyakit yang menyerang ikan adalah disebabkan beberapa faktor antaranya serangan organisma seperti bakteria dan virus, kaedah pemakan yang tidak betul dan akhir sekali tekanan ke atas ikan atau keadaan air yang bertoksik. Semua aspek tersebut pula boleh dikelaskan dalam 3 kategori iaitu jangkitan bakteria, penyakit nutrisi dan penyakit akibat persekitaran.

1. Jangkitan Bakteria
          Ia disebabkan oleh jangkitan atau serangan dari luar mahupun dalam ikan daripada organisma seni sekaligus mengundang penyakit yang menyerang dan menakluki sistem dalaman ikan. Bakteria, fungus, virus dan parasit seperti Protozoa merupakan agen paling kerap menyerang dan menjangkiti ikan. Antara tanda fizikal yang dapat dilihat sekiranya ikan dijangkiti adalah kematian dalam kuantiti yang banyak selain beberapa tanda fizikal yang lain.
         
2. Jangkitan Nutrisi
         Serangan penyakit yang dikaitkan dengan pemakanan adalah disebabkan oleh pemberian makanan yang berlebihan. Ia juga boleh terjadi sekiranya makanan yang diperlukan tidak mencukupi yang menyebabkan ikan mengalami kurang zat makanan atau kekurangan nutrisi yang diperlukan. Justeru, kaedah pemberian makanan yang efektif perlu diamalkan oleh penternak bagi mengelakkan masalah ini berlaku. Antara penyebab lain yang menjadi punca penyebaran penyakit berkaitan nutrisi adalah makanan yang digunakan tidak sesuai dengan jenis ternakan. Seperti senario yang berlaku dalam negara kita, amalan pemakanan yang tidak sihat masih lagi diamalkan. Terdapat sesetengah pusat pembenihan dan ladang ternakan yang menjadikan sisa haiwan sebagai sumber utama kepada ikan yang diternak. Ini mampu mengundang pelbagai masalah kelak. Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti bangkai ayam, organ dalam haiwan dan sisa buangan akan menyebabkan masalah kepada industri akuatik seperti kandungan lemak yang tinggi dalam organ dalaman ikan yang diternak terutama pada hati, kegagalan buah pinggang ikan ternakan dan kegagalan ikan ternakan untuk menapis oksigen ke dalam insang gill. Semua masalah ini boleh menyababkan kematian ke atas ternakan. Kesan lain yang akan menjejaskan operasi seperti kadar tumbesaran yang terbantut, insang gill diselaputi minyak, masalah mata, masalah kulit dan kehilangan cecair semualajadi ikan.

3. Persekitaran         
          Penyakit persekitaran sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai bukan jangkitan. Ia berkaitan dengan ketidaksesuaian sesuatu spesis yang tidak boleh hidup di sesebuah kawasan atau klimate. Ia dikelaskan kepada 4 bahagian;   

          a) Asphyxia
istilah ini berkaitan denga kekurangan kandungan oksigen terlarut (DO) dalam air yang biasanya   berlaku pada awal pagi
           b) Traumatism
traumatism berlaku semasa proses pengurusan benih ada kebiasaannya yang tidak cekap disebabkan pengurusan yang lemah atau kasar ke atas benih, gradding dan keadaan yang berkaitan pengurusan benih. Ini berpotensi menjadi jangkitan kuman sekiranya ikan yang diuruskan mengalami luka-luka dan sisik tertanggal.
           c) Bubble Illness/ Berbuih/ Sawan
ini kerap berlaku di peringkat juvenil dan benih di mana mengalihkan anak ikan dari satu lokasi ke lokasi perairan yang berlainan secara mendadak tanpa prosedur yang betul boleh mengundang masalah.
           d) Keracunan
keracunan boleh didefinasikan sebagai perairan yang mengandungi kandungan atau bahan yang memberi kesan negatif kepada hidupan akuatik seperti racun perosak, minyak dan sisa buangan rumah/pepejal.Adalah penting bagi memastikan kawasan ladang operasi berada dalam keadaan yang bersih bagi mengelakkan masalah ini terjadi

     Walaubagaimanpun, dalam sesebuah operasi samada di ladang ternakan ataupun di pusat penetasan, prosedur yang betul adalah sangat penting diamalkan oleh para pengurus di dalam industri ini. Bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku,membasmi di peringkat awal adalah langkah yang bijak. Beberapa langkah boleh diambil oleh mereka yang terlibat antaranya memastikan kualiti air berada di tahap yang optimum: bekalan air perlu cukup selain kandungan oksigen terlarut perlu diperiksa dari masa ke semasa. Kekalkan kebersihan kolam: elakkan dari pemangsa dan perkara yang boleh mengundang bakteria dan menghapuskan tumbuhan yang mampu menjadi tempat membiak sesetengah bakteria. Pastikan kandungan plakton seperti zooplankton dan fitoplakton berada dalam kuantiti yang cukup bagi meningkatkan daya tahan ikan terhadap penyakit selain menukar air sekiranya diperlukan. Kolam juga perlu dinyahkuman bagi setiap pusingan seperti menggunakan kapur bagi membunuh bakteria dan pemangsa yang tidak diperlukan. Kepadatan ikan atau benih juga perlu berada pada tahap optimum seperti dicadangkan dan akhir sekali asingkan saiz ikan yang berbeza bagi mengawal pergaduhan. Luka mampu menjadi masalah jangkitan kelak. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, justeru amalkan persekitaran yang bersih selain mengamalkan prosedur Skim Pengurusan Ladang Akuatik yang berhemah serta kawalan bio-securiti yang terkawal.

Sunday, June 13, 2010

PENAMBAHAN KOLAM ASUHAN















Permintaan yang semakin bertambah menjadikan kolam sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Sebelum ini dengan kapasiti 10 buah kolam asuhan dan ternakan yang bersaiz 10x20kaki setiap satu, ia hanya mampu menghasilkan pengeluaran sebanyak 50,000ekor benih keli dan sekitar 30,000-50,000ekor benih tilapia. Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran benih, kami telah menambah jumlah kolam ternakan dari 10buah ke 21buah kolam. Menerusi penambahan kolam asuhan ini, operasi syarikat dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi.
Dengan adanya penambahan 11buah kolam ini lagi. Kami menganggarkan ia mampu mengeluarkan benih keli sejumlah 150,000ekor sebulan dan 100,000-150,000ekor benih tilapia bagi satu-satu masa. Diharapkan dengan penambahan kolam asuhan ini ia mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat selain pihak kami merancang untuk membuka beberapa buah kolam lagi. Sekiranya pelanggan ingin membuat tempahan,pihak kami mengharapkan saudara dapat membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Kami juga mengalu-alukan individu atau pihak yang memerlukan stok benih yang konsisten, ia sekaligus dapat mengelakkan kelewatan dan ketidakcukupan benih yang dihantar dari pembekal yang pelbagai. Zam Aquatic menghasilkan benih yang berkualiti ,tahan lasak dan kurang kadar kematian menerusi penjagaan yang teliti serta baka yang baik.


Wednesday, June 2, 2010

PEMILIHAN BAKA INDUK YANG BERKUALITI (hibrid)

Pemilihan induk merupakan satu perkara yang paling penting dalam memastikan kualiti generasi benih yang bakal dihasilkan berada pada kualiti yang terbaik. Terdapat beberapa perkara asas di mana kebanyakan pengusaha ikan air tawar mengambil ringan dalam memastikan kualiti benih walaupun mampu mengeluarkan benih pada kuantiti yang banyak, tetapi akhirnya berlakunya masalah benih terbantut, kadar kematian yang tinggi, serangan penyakit dan sebagainya.
Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku, pemerhatian dan pemilihan induk sangat penting dilakukan seawal yang mungkin. Antara aspek penting yang harus diperhatikan dalam pemilihan induk/baka, beberapa perkara perlu diambil kira seperti umur unduk, bentuk badan yang lebar, kadar pembesaran yang baik, generasi dan genetik keturunan, pemilihan kualiti makanan dan beberapa perkara lain lagi.
Baka juga tidak boleh dikacukkan dengan genetik yang serupa, sekiranya ia dikacukkan dengan genetik yang sama, ini dipanggil "in-breeding" atau baka dikacukkan dari keluarga yang sama. Sebaiknya, baka di antara jantan dan betina dipilih daripada keluarga yang berbeza. Proses ini mampu menghasilkan benih yang lebih berkualiti seperti mempunyai daya tahan penyakit yang lebih kuat, kadar pembesaran yang baik sekaligus memberi pulangan kepada penternak.
Mengacukkan baka tempatan dengan baka dari Taiwan dan Filipina juga mampu menghasilkan tilapia yang dikenali sebagai tilapia hibrid di mana ia mampu memberi pulangan dan faedah yang baik dari segi ternakan kepada penternak.

Monday, May 31, 2010

SAMPLE SCALING SAIZ BENIH

(gambar 1 dan 2: lebar badan dan saiz benih diukur bagi memastikan kualiti benih)

(mendapatkan rekod bagi saiz benih 1.5inci)




Bagi memastikan syarikat kami menjalankan perniagaan dengan jujur, ujian sample scaling perlu dijalankan bagi memastikan saiz benih yang diasuh di kolam kami mencapai standart saiz yang ditetapkan.


Selain itu juga, perlaksanaan ujian ini sangatlah penting di ZAM AQUATIC kerana ia adalah sebahagian daripada prosedur bagi mendapatkan rekod ladang ternakan.


Justeru dengan adanya amalan ternakan seperti ini, ia akan mengurangkan kecuaian pekerja dalam mengendalikan saiz ikan yang ditempah oleh pelanggan.