Dengan adanya penambahan 11buah kolam ini lagi. Kami menganggarkan ia mampu mengeluarkan benih keli sejumlah 150,000ekor sebulan dan 100,000-150,000ekor benih tilapia bagi satu-satu masa. Diharapkan dengan penambahan kolam asuhan ini ia mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat selain pihak kami merancang untuk membuka beberapa buah kolam lagi. Sekiranya pelanggan ingin membuat tempahan,pihak kami mengharapkan saudara dapat membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Kami juga mengalu-alukan individu atau pihak yang memerlukan stok benih yang konsisten, ia sekaligus dapat mengelakkan kelewatan dan ketidakcukupan benih yang dihantar dari pembekal yang pelbagai. Zam Aquatic menghasilkan benih yang berkualiti ,tahan lasak dan kurang kadar kematian menerusi penjagaan yang teliti serta baka yang baik.
Pusat Pakar Pembenihan Ikan Air Tawar merupakan sebuah blog pengalaman Encik Saifulnizam dalam bidang perikanan sejak tahun 2007. Blog ini diwujudkan juga bagi membantu ramai usahawan dan penternak yang ketandusan pengetahuan dalam menjalankan operasi dan sebagai sebuah portal ilmu. Semoga sedikit perkongsian pengalaman ini mampu memberi nilai tambah kepada semua.
Sunday, June 13, 2010
PENAMBAHAN KOLAM ASUHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kenapa dah x tulis lagi berbagai pekara tentang ikan tilapia ni....saya selalu mengikuti perkembangan ..tapi dahlamax de yang baru
salam waksam..maaf kerana ambil masa tlalu lama nak reply comment ni..sebenarnya pihak saya sedang menaik taraf syarikat..ade beberapa projek yang sedang diuruskan jadi hampir tiada masa untuk update..insyaAllah,selepas febuari ni kami akan update semula segala aktiviti yang kami jalankan..mohon maaf kepada semua..
nak tau harga bg benih tilapia dan pghantaran ke hulu langat?
boleh bagi no tell,saiz benih dan alamat serta kuantiti yang saudara perlukan?atau boleh hubungi saya (sms jika call x djawab) di talian 0173959890 (saiful)
Post a Comment