PAKAR PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

Thursday, March 3, 2011

FAKTOR PENYAKIT DALAM INDUSTRI AKUAKULTUR


    

     Dalam bidang akuakultur ini, pertimbangan penting bagi penternak, syarikat atau pengusaha yang terlibat dalam industri yang diceburi ini adalah berkaitan penyakit. Ia merupakan satu faktor yang mampu mempengaruhi operasi sesebuah syarikat di peringkat ladang selain dapat mempengaruhi keuntungan dalam sesebuah organisasi akuakultur.
     Dalam tulisan kali ini, perkara yang akan dibincangkan berkaitan penyakit di dalam perusahaan akukultur. Secara amnya, penyakit yang menyerang ikan adalah disebabkan beberapa faktor antaranya serangan organisma seperti bakteria dan virus, kaedah pemakan yang tidak betul dan akhir sekali tekanan ke atas ikan atau keadaan air yang bertoksik. Semua aspek tersebut pula boleh dikelaskan dalam 3 kategori iaitu jangkitan bakteria, penyakit nutrisi dan penyakit akibat persekitaran.

1. Jangkitan Bakteria
          Ia disebabkan oleh jangkitan atau serangan dari luar mahupun dalam ikan daripada organisma seni sekaligus mengundang penyakit yang menyerang dan menakluki sistem dalaman ikan. Bakteria, fungus, virus dan parasit seperti Protozoa merupakan agen paling kerap menyerang dan menjangkiti ikan. Antara tanda fizikal yang dapat dilihat sekiranya ikan dijangkiti adalah kematian dalam kuantiti yang banyak selain beberapa tanda fizikal yang lain.
         
2. Jangkitan Nutrisi
         Serangan penyakit yang dikaitkan dengan pemakanan adalah disebabkan oleh pemberian makanan yang berlebihan. Ia juga boleh terjadi sekiranya makanan yang diperlukan tidak mencukupi yang menyebabkan ikan mengalami kurang zat makanan atau kekurangan nutrisi yang diperlukan. Justeru, kaedah pemberian makanan yang efektif perlu diamalkan oleh penternak bagi mengelakkan masalah ini berlaku. Antara penyebab lain yang menjadi punca penyebaran penyakit berkaitan nutrisi adalah makanan yang digunakan tidak sesuai dengan jenis ternakan. Seperti senario yang berlaku dalam negara kita, amalan pemakanan yang tidak sihat masih lagi diamalkan. Terdapat sesetengah pusat pembenihan dan ladang ternakan yang menjadikan sisa haiwan sebagai sumber utama kepada ikan yang diternak. Ini mampu mengundang pelbagai masalah kelak. Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti bangkai ayam, organ dalam haiwan dan sisa buangan akan menyebabkan masalah kepada industri akuatik seperti kandungan lemak yang tinggi dalam organ dalaman ikan yang diternak terutama pada hati, kegagalan buah pinggang ikan ternakan dan kegagalan ikan ternakan untuk menapis oksigen ke dalam insang gill. Semua masalah ini boleh menyababkan kematian ke atas ternakan. Kesan lain yang akan menjejaskan operasi seperti kadar tumbesaran yang terbantut, insang gill diselaputi minyak, masalah mata, masalah kulit dan kehilangan cecair semualajadi ikan.

3. Persekitaran         
          Penyakit persekitaran sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai bukan jangkitan. Ia berkaitan dengan ketidaksesuaian sesuatu spesis yang tidak boleh hidup di sesebuah kawasan atau klimate. Ia dikelaskan kepada 4 bahagian;   

          a) Asphyxia
istilah ini berkaitan denga kekurangan kandungan oksigen terlarut (DO) dalam air yang biasanya   berlaku pada awal pagi
           b) Traumatism
traumatism berlaku semasa proses pengurusan benih ada kebiasaannya yang tidak cekap disebabkan pengurusan yang lemah atau kasar ke atas benih, gradding dan keadaan yang berkaitan pengurusan benih. Ini berpotensi menjadi jangkitan kuman sekiranya ikan yang diuruskan mengalami luka-luka dan sisik tertanggal.
           c) Bubble Illness/ Berbuih/ Sawan
ini kerap berlaku di peringkat juvenil dan benih di mana mengalihkan anak ikan dari satu lokasi ke lokasi perairan yang berlainan secara mendadak tanpa prosedur yang betul boleh mengundang masalah.
           d) Keracunan
keracunan boleh didefinasikan sebagai perairan yang mengandungi kandungan atau bahan yang memberi kesan negatif kepada hidupan akuatik seperti racun perosak, minyak dan sisa buangan rumah/pepejal.Adalah penting bagi memastikan kawasan ladang operasi berada dalam keadaan yang bersih bagi mengelakkan masalah ini terjadi

     Walaubagaimanpun, dalam sesebuah operasi samada di ladang ternakan ataupun di pusat penetasan, prosedur yang betul adalah sangat penting diamalkan oleh para pengurus di dalam industri ini. Bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku,membasmi di peringkat awal adalah langkah yang bijak. Beberapa langkah boleh diambil oleh mereka yang terlibat antaranya memastikan kualiti air berada di tahap yang optimum: bekalan air perlu cukup selain kandungan oksigen terlarut perlu diperiksa dari masa ke semasa. Kekalkan kebersihan kolam: elakkan dari pemangsa dan perkara yang boleh mengundang bakteria dan menghapuskan tumbuhan yang mampu menjadi tempat membiak sesetengah bakteria. Pastikan kandungan plakton seperti zooplankton dan fitoplakton berada dalam kuantiti yang cukup bagi meningkatkan daya tahan ikan terhadap penyakit selain menukar air sekiranya diperlukan. Kolam juga perlu dinyahkuman bagi setiap pusingan seperti menggunakan kapur bagi membunuh bakteria dan pemangsa yang tidak diperlukan. Kepadatan ikan atau benih juga perlu berada pada tahap optimum seperti dicadangkan dan akhir sekali asingkan saiz ikan yang berbeza bagi mengawal pergaduhan. Luka mampu menjadi masalah jangkitan kelak. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, justeru amalkan persekitaran yang bersih selain mengamalkan prosedur Skim Pengurusan Ladang Akuatik yang berhemah serta kawalan bio-securiti yang terkawal.

No comments: