PAKAR PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

Wednesday, June 2, 2010

PEMILIHAN BAKA INDUK YANG BERKUALITI (hibrid)

Pemilihan induk merupakan satu perkara yang paling penting dalam memastikan kualiti generasi benih yang bakal dihasilkan berada pada kualiti yang terbaik. Terdapat beberapa perkara asas di mana kebanyakan pengusaha ikan air tawar mengambil ringan dalam memastikan kualiti benih walaupun mampu mengeluarkan benih pada kuantiti yang banyak, tetapi akhirnya berlakunya masalah benih terbantut, kadar kematian yang tinggi, serangan penyakit dan sebagainya.
Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku, pemerhatian dan pemilihan induk sangat penting dilakukan seawal yang mungkin. Antara aspek penting yang harus diperhatikan dalam pemilihan induk/baka, beberapa perkara perlu diambil kira seperti umur unduk, bentuk badan yang lebar, kadar pembesaran yang baik, generasi dan genetik keturunan, pemilihan kualiti makanan dan beberapa perkara lain lagi.
Baka juga tidak boleh dikacukkan dengan genetik yang serupa, sekiranya ia dikacukkan dengan genetik yang sama, ini dipanggil "in-breeding" atau baka dikacukkan dari keluarga yang sama. Sebaiknya, baka di antara jantan dan betina dipilih daripada keluarga yang berbeza. Proses ini mampu menghasilkan benih yang lebih berkualiti seperti mempunyai daya tahan penyakit yang lebih kuat, kadar pembesaran yang baik sekaligus memberi pulangan kepada penternak.
Mengacukkan baka tempatan dengan baka dari Taiwan dan Filipina juga mampu menghasilkan tilapia yang dikenali sebagai tilapia hibrid di mana ia mampu memberi pulangan dan faedah yang baik dari segi ternakan kepada penternak.

1 comment:

Anonymous said...

Tangki oksigen pembungkusan ikan terpakai untuk di jual. 2 unit saiz kecil dan besar. Hubungi kami untuk tawaran harga. 012 7554414 stok terhad.