PAKAR PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

Sunday, June 13, 2010

PENAMBAHAN KOLAM ASUHAN















Permintaan yang semakin bertambah menjadikan kolam sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Sebelum ini dengan kapasiti 10 buah kolam asuhan dan ternakan yang bersaiz 10x20kaki setiap satu, ia hanya mampu menghasilkan pengeluaran sebanyak 50,000ekor benih keli dan sekitar 30,000-50,000ekor benih tilapia. Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran benih, kami telah menambah jumlah kolam ternakan dari 10buah ke 21buah kolam. Menerusi penambahan kolam asuhan ini, operasi syarikat dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi.
Dengan adanya penambahan 11buah kolam ini lagi. Kami menganggarkan ia mampu mengeluarkan benih keli sejumlah 150,000ekor sebulan dan 100,000-150,000ekor benih tilapia bagi satu-satu masa. Diharapkan dengan penambahan kolam asuhan ini ia mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat selain pihak kami merancang untuk membuka beberapa buah kolam lagi. Sekiranya pelanggan ingin membuat tempahan,pihak kami mengharapkan saudara dapat membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Kami juga mengalu-alukan individu atau pihak yang memerlukan stok benih yang konsisten, ia sekaligus dapat mengelakkan kelewatan dan ketidakcukupan benih yang dihantar dari pembekal yang pelbagai. Zam Aquatic menghasilkan benih yang berkualiti ,tahan lasak dan kurang kadar kematian menerusi penjagaan yang teliti serta baka yang baik.


Wednesday, June 2, 2010

PEMILIHAN BAKA INDUK YANG BERKUALITI (hibrid)

Pemilihan induk merupakan satu perkara yang paling penting dalam memastikan kualiti generasi benih yang bakal dihasilkan berada pada kualiti yang terbaik. Terdapat beberapa perkara asas di mana kebanyakan pengusaha ikan air tawar mengambil ringan dalam memastikan kualiti benih walaupun mampu mengeluarkan benih pada kuantiti yang banyak, tetapi akhirnya berlakunya masalah benih terbantut, kadar kematian yang tinggi, serangan penyakit dan sebagainya.
Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku, pemerhatian dan pemilihan induk sangat penting dilakukan seawal yang mungkin. Antara aspek penting yang harus diperhatikan dalam pemilihan induk/baka, beberapa perkara perlu diambil kira seperti umur unduk, bentuk badan yang lebar, kadar pembesaran yang baik, generasi dan genetik keturunan, pemilihan kualiti makanan dan beberapa perkara lain lagi.
Baka juga tidak boleh dikacukkan dengan genetik yang serupa, sekiranya ia dikacukkan dengan genetik yang sama, ini dipanggil "in-breeding" atau baka dikacukkan dari keluarga yang sama. Sebaiknya, baka di antara jantan dan betina dipilih daripada keluarga yang berbeza. Proses ini mampu menghasilkan benih yang lebih berkualiti seperti mempunyai daya tahan penyakit yang lebih kuat, kadar pembesaran yang baik sekaligus memberi pulangan kepada penternak.
Mengacukkan baka tempatan dengan baka dari Taiwan dan Filipina juga mampu menghasilkan tilapia yang dikenali sebagai tilapia hibrid di mana ia mampu memberi pulangan dan faedah yang baik dari segi ternakan kepada penternak.