|
Pengasas & CEO Jenama ZAM AQUATIC |
|
Isteri merupakan tulang belakang kejayaan |
Salam buat pembaca semua, saya Saifulnizam bin Sulaiman pengasas dan pemilik jenama perniagaan ZAM AQUATIC yang menjalankan aktiviti pembenihan ikan air tawar. Kepakaran saya adalah membantu penternak di seluruh Malaysia mendapatkan benih ikan air tawar berkualiti dengan harga yang kompetitif selain mampu meningkatkan pendapatan mereka menerusi kaedah pemakanan yang bersistematik. Antara benih yang kami sediakan kepada penternak seperti benih Tilapia, Patin, Keli, Baung, Patin Buah dan beberapa spesis ikan air tawar yang lain. Hari ini, saya sangat bersyukur dengan pencapaian yang dicapai, memiliki dan menguruskan 3 buah cawangan ladang perikanan di sekitar Negeri Sembilan dan Pahang , tidak langsung terlintas di fikiran perniagaan mampu berkembang seperti ini. Tahukah anda? Punca utama kegagalan yang dialami penternak berpunca dari kejahilan ilmu ternakan terutamanya kaedah pemakanan yang tidak berjadual sekaligus ia meningkatkan kos operasi dan berlaku pembaziran masa akibat waktu ternakan yang panjang.
|
Memberi penerangan kepada pelancong Scotland |
Kenapa saya boleh mengetahui perkara ini? Ia mudah. Tidak seperti hari ini, kejayaan yang dicapai tidak hanya datang bergolek. Sepanjang menjalankan perniagaan sejak 2007, banyak rintangan yang perlu dilalui. Kegagalan demi kegagalan dalam perniagaan ibarat rakan karib semasa memulakan perniagaan. Tiada mentor antara faktor utama kegagalan. Tiada yang ingin memberi tunjuk ajar dalam bidang ini kerana ia dimonopoli oleh bangsa asing mengakibatkan saya terpaksa merintis jalan sendiri dalam memperoleh ilmu perikanan. Ada juga pada suatu masa berjumpa dengan konsultant yang menawarkan bantuan ilmu dengan membayar ribuan ringgit, namu ia seperti tiada apa yang dibantu. Cuma mengambil kesempatan atas kejahilan diri. Masalah juga datang bertimpa-timpa semasa pernah ditawarkan pihak dari ahli politik bagi membangunkan projek belia. Banyak modal telah terkorban, namum bayaran tidak juga dijelaskan mereka. Banyak dolak dalih yang diberikan. Ia menambah tekanan ke atas perniagaan yang saya jalankan. Pengalaman ini yang menjadikan saya lebih matang dalam menguruskan dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih baik.
|
Aktif dalam membantu & khidmat nasihat kepada penternak |
|
Juga aktif dengan program sosial a jaringan usahawan |
Syukur, dengan pencapaian saya pada hari ini, 3buah cawangan di Negeri Sembilan dan Pahang memberi kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan. Segala yang dimiliki cuma pinjaman dari Maha Pencipta yang perlu diuruskan sebaik mungkin. Komitmen saya merupakan sebuah impian membantu dan membangunkan usahawan-usahawan perikanan baru dalam industri ini bagi mengelakkan mereka melalui kesusahan yang pernah saya hadapai suatu masa dulu. Kini, saya adalah satu-satunya Pakar Pembenihan dan perikanan paling muda dalam industri ini sebagai seorang profesional sehingga pernah dinobatkan Usahawan Muda Siswazah terbaik peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009/2010.
|
Tidak kira di darat atau di laut, kami terus membantu menambah nilai penternak |
|
Kaedah pembungkusan benih |
|
Antara spesis benih ikan yang kami hasilkan |
Tambahan pula, kini saya juga sering diundang memberikan ceramah keusahawanan bagi berkongsi pengalaman perniagaan antaranya program PKNS, UiTM, UNISEL, Kolej Komuniti dan beberapa agensi serta koperasi. Saya juga berasa bangga untuk bekerjasama dengan individu, agensi mahupun syarikat yang mahu melibatkan diri dalam bidang akuKultur ini. Berapa ramai yang ingin tahu bagaimana saya dapat membantu penternak mahupun sebarang agensi dalam pelbagai aspek keusahawanan dan perikanan. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya di talian 017 395 9890 En Saifulnizam Sulaiman atau menerusi Facebook Page : ZAM AQUATIC.